Thursday, November 19, 2009

SOAL JAWAB : to MERPATI

SOALAN :
ana teringin nak tahu.. kot2 ada yang boleh jawab.. katakan kita terbangun lambat.. kemudian..tengok2 dah masuk waktu syuruk..waktu syuruk haram sembahyang kan?tapi...subuh dah tertinggal nie.... ana kena qadar lepas waktu syuruk ke??kemudian..mungkin ada dikalangan sahabat tak tahu..main sembahyang aje.jadi macam mane nak tegur nak bagitahu?apalagi ana yang berat mulut.kalu ada situasi mcm tu...ape ana nak buat ye...kakak2 ..jawab ye..

JAWAPAN :
Alhamdulillah...Kami akan cuba menjawab soalan merpati dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah....selepas pertanyaan dan beberapa rujukan di buat :

Solat tidak boleh dilewatkan diluar batasan waktunya. Firman Allah swt :-

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

Pengecualian cuma diperbolehkan jika seseorang itu lupa atau pun tidur. Hendaklah dia segera menunaikan solat sewaktu dia ingat atau pun sewaktu dia bangun tidur, Sabda Nabi :saw :-

"Barangsiapa yang terlupa solat maka hendaklah dia bersolat sebaik sahaja dia ingat, dan tidak ada kifarat yang lain melainkan itu" [Hadith Riwayat Muslim]

Waktu solat bagi orang yang sedemikian adalah pada waktu dia ingat. Maksudnya, tidak kira waktu mana ia berada, bila mana dia ingat, maka dirikan solat.

Didalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra menceritakan bagamana Rasululah :saw dan sahabat2 tidur dan tertinggal waktu solat Fajar/subuh semada didalam permusafiran. Mereka cuma sedar semasa matahari naik dan Abu Qatadah berkata :

"Maka Bilal pun mengazankan solat, maka Rasulullah :saw bersolat 2 rakaat, kemudian baginda bersolat fajar, sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari" [Sahih Muslim #681].

Dalil ini menunjukkan, yang paling penting adalah segera menunaikan solat, walaupun matahari sedang naik. Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan bahawa perkataan"sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari" menunjukkan cara solat yang tertinggal dilakukan sama sahaja dengan biasa seseorang itu melakukannya.

Kesimpulan : segera menunaikan solat Fajar bila mana terbangun dari tidur. Yang haram ialah, sengaja bersolat pada waktu yang diharamkan bersolat tanpa sebab, atau melambat2 solat fajar sehinggalah matahari naik.

wallahualam

cara untuk menyebarkan maklumat ada pelbagai cara...mungkin boleh diadakan perbincangan dengan sahabat anda atau suruh mereka rujuk blog BISA...

wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...