Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum w.b.t
Di kesempatan ini, kami Jawatankuasa BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah) 2012 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Taqaballahu minna wa minkum..Kullu Am wa Antum Bikhoir..
Semoga amalan yang dan ibadah yang telah kita jalani di bulan Ramadhan ini mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T

Barakallahhu fikum..

Assalamualaikum w.b.t


Tuesday, August 14, 2012

Majlis Iftar Jamie &Khatam Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita bersama-sama memeriahkan Majlis Iftar Jamie &Khatam Al-Quran yang akan bermula pada petang ini jam 6.45 petang.


ATUR CARA MAJLIS

6.45 petang        : Guru pelatih dan para pensyarah   
                 berkumpul di BISA.
7.26 petang        : Berbuka puasa
7.45 malam        : Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam        : Majlis  khatam Al-Quran
9.00 malam        : Solat Isyak berjemaah
                        : Solat sunat Tarawikh
10.00 malam      : Ucapan penangguhan Ihya’ Ramadhan oleh Timbalan Pengarah IPGK Perempuan Melayu Tuan Haji Hassan Bin Pardi.
10.15 malam      : Moreh
10.45 malam      : Bersurai




Semoga majlis yang diadakan ini berjalan dengan lancar.Insya-AllahAssalamualaikum w.b.t

Friday, August 10, 2012

Selamat menempuhi fasa terakhir Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kita telah melangkah kepada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini- Fasa ketiga iaitu pembebasan dari api neraka. Pasti ramai sudah mengetahui pada 10 malam terakhir terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (Surah Al-Qadr: 3). Di sini, terdapat perkongsian dan tip-tip untuk 10 malam terakhir. 



Semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada kita semua. Grab this oppurtunity and Insya-Allah, you'll be an extraordinary person. Barakallahu fikum. Ramadhan Kareem! Allahu Akram!
Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, June 20, 2012

Selamat menempuhi semester baharu

Assalamualaikum
Tidak terlewat untuk admin mengucapkan selamat kembali ke kampus tercinta. Moga semester baharu yang ditempuhi memberi kekuatan kita untuk terus berusaha dalam mencari keredhaan Allah.

Bersedia untuk menghadapi cabaran


Tanamkan azam dalam diri untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Rancanglah perjalanan kehidupan dengan sebaik-baiknya. Namun ingatlah bahawa Allah jualah sebaik-baik perancang. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran, ayat 54

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Maksud: Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang

Akhir kalam, selamat menempuhi semester baharu.

Sunday, May 13, 2012

Bittaufiq Wannajah

Semoga berjaya di dalam peperiksaan


Serahkan segalanya kepada Allah setelah kita berusaha
Oh, jangan lupa ya sahabatku..Selalu berdoa pada-Nya :)
Selamat menempuhi peperiksaan daripada kami Jawatankuasa BISA 2012/2013

Tuesday, April 3, 2012

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w

Tahukan kita bahawa Baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah sakit perut sepanjang hayat Baginda kerana pandai menjaga pemakanan.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:

“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,

“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar
sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;

“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjemaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga. Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa
 selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.


Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.


selamat beramal =)




Monday, April 2, 2012

PENGISIAN AKTIVITI HARIAN BALAI ISLAM SAIDATINA AISYAH 2012

Bulatan Gembira? Mesti Gembira..

Assalamualaikum.
Maaf kerana tidak selalu meluangkan masa untuk menitip sesuatu melalui blog..
Kali ini admin suka berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai usrah atau panggilan manis yang diperkenalkan

BULATAN GEMBIRA
Ya..Bulatan Gembira..mungkin ramai yang tertanya-tanya
Mana dapat term Bulatan Gembira ni?
Oh..kalau sahabat-sahabat rajin..Admin nak perkenalkan satu blog yang sangat santai dan menarik perhatian admin. Blog yang admin ingin tunjukkan iaitu:
Dan blog ini juga yang memulakan term Bulatan Gembira (jika admin tidak silap)
Bukan tujuan nak mengagung-agungkan penulisan Inche Gabbana dalam blog ini, namun jika sudi..sama-sama kita mengambil input yang ingin disampaikan oleh Inche Gabbana ini.

Lari pula dari tajuk..Usrah ni apa? Bulatan Gembira penting ke?
Usrah ni asalnya dalam bahasa Arab iaitu family..(macam cerita Barney and friends..^^)
Admin pun bukanlah orang yang selayaknya dapat mengupas apakah sebenarnya usrah itu..Tapi daripada usrah/Bulatan Gembira sendiri merapatkan ukhwah..
Bertanya khabar..makan sama-sama..minum sama-sama..yang penting dapat beribadah sama-sama..Betul tak USTAR? (^_^)


Usrah juga dapat top up ilmu yang admin sendiri akui admin tak tahu sebelum ni..Dunia dapat, akhirat pun dapat..

Moga dengan sedikit perkongsian ini, sahabat-sahabat dapatlah explore atau tanya Sheikh Google berkaitan usrah ye..

Sebelum mengakhiri tinta di alam maya ini, admin memohon ampun dan maaf sekiranya dalam penulisan ini, admin ada tersalah bicara dan tersilap menaip kata-kata.



Lagu tema usrah tahun ini..Seiring Sehaluan

Lirik lagunya =)

Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar.

Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.


Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.

*
Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.

Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah.

(ulang *)

Allahuakhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillallah. (2x)

Sekian..Wallahua'alam.

Wednesday, March 21, 2012

Pernah ditimpa musibah? La Tahzan

Assalamualaikum..
Sudah lama tidak menjengah ke blog ini. Mohon maaf atas kekhilafan admin sendiri kerana tidak mengemaskini blog.
Hati merupakan tunjang utama dan enjin kepada setiap insan yang telah diutuskan untuk melunaskan tugasannya sebagai seorang hamba sepertimana yang telah termaktub di dalam ayat Al-Quran, surah Adz-Zariyat ayat 56

( وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ( ٥٦ 

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 


Namun, manusia juga diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi sehingga hati menjadi sedih dan terus dirundung kehibaan. Di sini terdapat tips bagi meredakan kehibaan apabila ditimpa musibah. Tips ini merupakan perkongsian pada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah pada 19 Mac 2012 yang lalu.

1- Musibah datang bersama hikmah.
Ingatlah, Allah Maha Adil..Walaupun dugaan yang diberikan kepada kita bagai sebuah batu besar yang menghempap kita, namun ujian yang telah diberikan sesuai dengan kemampuan kita.Innama'al 'usri yusra



2-Dunia medan ujian. Lihatlah dunia sebagai salah satu medium kita digasak dalam menempuhi kehidupan. Alangkah Rasulullah yang mulia turut diuji di dunia. Apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil dan hina.


3-Melihat musibah yang lebih teruk menimpa kepada orang lain. Lihatlah, Allah memberi ruang sebenarnya untuk kita lebih bersyukur dan musibah itu merupakan nikmat yang disyukuri kerana kita akan lebih menghargai kehidupan yang kita alami.


4-Musibah hanyalah sementara. Anggaplah musibah itu sebagai ujian yang sekejap yang kita hadapi dan pastinya kita mampu tersenyum semula.


5-Dampingilah Al-Quran. Al-Quran, surat cinta Allah untuk hamba-Nya jika selalu didampingi, pasti kita akan berasa tenang. Itulah kehebatan yang diturunkan oleh Allah apabila hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya. Bukan di kala susah sahaja, malah di kala senang jua.



ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'du: 28)  



Tertarik dengan perkongsian di BISA pada minggu ini dan lebih menarik terdapat video yang sememangnya mengalirkan air mata kepada sesiapa yang menghayatinya. Moga kita sama-sama muhasabah diri dan meningkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa. Wallahua'alam.


Dampingi Al-Quran selalu =)

La Tahzan-Dr. Maza

Lagu Nikmat Ujian-Nazrey Johani

Tuesday, February 14, 2012

MANIFESTASI CINTA



Assalamualaikum..
Sudah lama tak melakar coretan dalam blog ini kan?

Maaf buat sahabat yang tertunggu pengisian blog BISA ini. Admin juga insan biasa dan ada kekangan yang terpaksa ditempuhi. Doakan yang terbaik buat kita semua, ya!



Admin tertarik sangat dengan tarikh ini. 14 Februari..
Ya..memang ramai yang mengetahui bahawa tarikh ini adalah tarikh kasih sayang, bagi pasangan yang ingin memanifestasikan cinta mereka terhadap pasangan masing-masing.

Dan admin juga tahu bahawa kita sekarang berada dalam bulan sambutan Maulidur Rasul. Tapi tahukah kita bahawa tarikh ini bersejarah..

Kenal tak siapa beliau?


Sejarah..penting bagi kita agar kita tidak melakukan kesilapan lampau..
Siapa tahu figura di atas?

Hitler?
Louis Amstrong?

Tak dapat dan tak kenal?
Maka terbukti, ilmu kita masih cetek..

Beliau ialah Leftenan Adnan Bin Saidi. 14 Februari ialah tarikh keramat gugurnya pejuang kemerdekaan ini dalam pertempuran melawan tentera Jepun di Bukit Chandu.

Nyawa digadaikan demi negara dalam usia muda iaitu 27 tahun. Beza kan kita? Di manakah letaknya cinta akan negara dalam diri kita. Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan “Jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun”.


Jika General Yamashita sudah berkata begitu, tidakkah kita rasa tercabar kerana tidak menghargai individu tersebut? Bukanlah admin mahu mengagungkan individu melebihi Rasulullah sendiri memandangkan kita berada di bulan kelahiran Rasulullah..[selawat ke atas baginda], tetapi admin ingin berkongsi pengetahuan yang ada pada diri admin. Mungkin ada juga sahabat yang tahu berkenaan dengan peristiwa ini, tetapi mungkin terlupa untuk berkongsi, bukan?

Admin juga ingin menasihati sahabat sekalian....
jangan, jangan dan jangan 

MENYAMBUT HARI KEKASIH

Rasa tidak perlu admin bersyarah panjang kerana masing-masing tahu perkara ini merupakan muqaddimah bagi berlakunya zina.
Pilihan di tangan anda

Semoga perkongsian ini menjadi satu anjakan paradigma dalam diri kita untuk terus mencari dan menimba ilmu.

Tidak percaya mengenai peristiwa 14 Februari berkenaan gugurnya pejuang ini? Boleh rujuk laman web

Wallahua'alam..
Assalamualaikum



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...