Tuesday, July 29, 2008

Jom imarah BISA!

BISAku ceria


Pengisian di BISA selama seminggu:

1. Solat Subuh, Maghrib dan Isya' berjemaah
2. Tazkirah Subuh oleh unit yang bertugas setiap minggu
3. Kuliah tafsir Juz Amma oleh Ustaz Mat Nawi (Isnin)
4. Kuliah sirah Nabi Muhammad oleh Ustaz Abdul Salam (Selasa)
5. Usrah kubra & sughra (Rabu)
6. Bacaan Yasin & tahlil (Khamis)
6. Kuliah Maghrib oleh AJK BISA yang bertugas (Jumaat & Sabtu)
7. Kuliah Adab Sopan dalam Islam oleh Ustaz Puad (Ahad)

Monday, July 21, 2008

Nadwah Nuqaba'

~ Pendaftaran-kuliah dasar-sesi LDK-riadah ~

~ Kembara Malam ~

Tuesday, July 15, 2008

Aktiviti BISA (JULAI)

Salam~!
Aktiviti di BISA sepanjang miggu pengurusan pelajar baru (mppb) :
  • ~* Tazkirah Subuh
  • ~* Sembahyang berjemaah (Subuh, Maghrib & Isyak)
  • ~* Kuliah antara waktu Maghrib & Isya'
  • ~* Slot bersama JPP pada hari Khamis malam

Di samping itu, program susulan akan diadakan pada 25-27 Julai. Program Orientasi Mahabbah (POM) ini akan melibatkan semua pelajar baru bersama-sama JPP. Program ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dan di antara pelajar baru dan pelajar lama sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara mereka.

Seterusnya, pada hujung minggu ini juga akan dijalankan Program Nadwah Nuqaba' I. Program ini akan berlangsung pada 18-20 Julai (Jumaat - Ahad). Para peserta terdiri daripada para naqibah seramai 70 orang, insya Allah. Pelbagai pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat akan diberikan sepanjang program ini. Jadi jangan lepaskan peluang, marilah kita sama-sama menyertainya.

Renungan hari ini : "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Ma'assalam...

Thursday, July 10, 2008

Salam! :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua warga IPPM.

Ini merupakan catatan pertama di blog ini. Diharapkan banyak lagi nukilan yang bermanfaat dapat dikongsi bersama di sini. Untuk pengetahuan semua, blog ini akan menjadi wadah dan platform bagi Balai Islam Saidatina Aishah memberi pengisian ilmiah secara maya.
Kami baru bertatih, kalau salah tolong hulurkan tangan. Justeru, kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan / komen yang membina daripada anda dalam usaha menyajikan santapan rohani yang terbaik buat semua. Anda boleh meninggalkan komen di blog ini atau, berhubung terus dengan kami melalui email : rakanbisa@gmail.com
Sehingga bertemu lagi dalam catatan akan datang,
ma'assalam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...