Wednesday, February 25, 2009

Minggu Muslimah 2009

Tema : Ukhwah Sejati Asas Pembentukan Nurani
Tarikh : 2-5 Mac 2009
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah (BISA)
Penganjur bersama : 
  • Jawatankuasa BISA 2009
  • Biro Agama & Dakwah, JPP
  • Biro Sastera & Budaya, JPP

Objektif program :
Pada akhir program ini, diharap guru pelatih dapat :
  • merapatkan hubungan persaudaraan antara guru pelatih 
  • memahami konsep kesusasteraan, kesenian & kebudayaan  yang sesuai dengan ajaran Islam
  • memberi pendedahan terhadap program seni budaya yang bermanfaat dalam pembentukan diri muslimah
  • mengimarahkan BISA dengan aktiviti yang digariskan oleh Islam

Aktiviti - aktiviti yang boleh disertai :
  • Majlis pelancaran minggu muslimah 2009 ( 2 Mac )
  • Pertandingan catur & congkak ( 3 Mac )
  • Permainan Padang  - lompat getah & galah panjang ( 4 Mac )
  • Pertandingan pasangan sahabat sejati ( 5 Mac )
  • Majlis penutupan minggu muslimah & penyampaian hadiah ( 4 Mac )

Antara persembahan yang menarik :
  • Persembahan bercerita & nasyid
  • Deklamasi sajak

Promosi
sila dapatkan segera reben khas minggu kesenian Islam daripada biro kesenian & kebudayaan BISA :-)

Tuesday, February 24, 2009

Tamrin Bina Nuqaba' 1

Tema : Cakna Ilmu Pemangkin Nuqaba' Cemerlang
Anjuran : JHEP dengan kerjasama BADAR
Tarikh : 27 Februari - 1 Mac 2009 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aishah, IPGM Kampus Perempuan Melayu
Sasaran : 70 orang guru pelatih

Objektif :
  • Mencungkil bakat dan kepimpinan melalui modul terancang.
  • Memberi kesedaran kepada nuqaba' mengenai kepentingan dakwah yang berkesan dalam mewujudkan biah solehah dalam kalangan guru pelatih.
  • Memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk mengendalikan usrah yang berkesan.
  • Mengeratkan silaturrahim antara para nuqaba'.

Tentatif Program: 

27 Februari 2009 (Jumaat)

2.30           Pendaftaran
3.30           Taklimat program
4.30 - 5.30     Minum petang & solat Asar
5.30 - 6.30     Sesi ta'aruf
6.30 - 7.30     Makan malam & persiapan diri
7.30 - 9.30     Solat Maghrib & kuliah Maghrib
                  Tajuk : Jahiliyyah-dulu, kini dan kesannya
9.30 - 10.30   Kuliah Dasar 1
                   Tajuk : Ciri-ciri khusus Islam
10.30 - 11.00 Minum malam
11.00 - 11.45  Muhasabah & halaqah Al-Mulk

28 Februari 2009 (Sabtu)

4.30        Qiamullail
6.00 - 7.00    Solat Subuh & bacaan al-Ma'thurat
7.00 - 7.30     Bicara pagi
         Tajuk : Islam agama nasihat
7.30 - 8.30      Sarapan & persiapan diri
8.30 - 10.00   LDK 1
10.00 - 11.00 Minum pagi
11.00 - 12.00 Kuliah Dasar 2
         Tajuk : Islam sebagai ad-deen - konsep & penghayatan
12.00 - 2.00  Makan tengah hari & solat Zohor
2.00 - 4.30    LDK 2
4.30 - 5.30    Minum petang & solat Asar
5.30 - 6.30    Riadah
6.30 - 7.30     Makan malam
7.30 - 9.30     Solat Maghrib & kuliah Maghrib
        Tajuk : Isu Semasa - Perkembangan umat Islam di dalam 
    dan di luar negara untuk memperjuangkan Islam
- apa peranan kita?
       Solat Isya'
9.30 - 10.30  Kuliah Dasar 3 
     Tajuk : Perkara-perkara yang membatalkan iman 
      - implikasinya dalam kehidupan
10.30 - 11.00 Minum malam & halaqah al-Mulk

1 Mac 2009 (Ahad)

3.00 - 5.30    Kembara malam
5.30 - 7.00    Solat Subuh, tadabbur al-Ma'thurat & bicara pagi
        Tajuk : Hijab dalam Islam - Ikhtilat dan Aurat
7.00 - 7.30    Senaman pagi
7.30 - 8.30    Sarapan
8.30 - 10.00   LDK 3
10.00 - 10.30  Minum pagi
10.30 - 12.00  Refleksi
12.00 - 12.30  Majlis perasmian penutup
12.30 - 2.00   Makan tengah hari & solat Zohor
2.00      Bersurai

Wednesday, February 18, 2009

Bengkel Penyusunan Modul Usrah

Biro Usrah dan Tarbiyah BISA telah menganjurkan satu program yang julung kalinya diadakan, iaitu bengkel penyusunan modul usrah bagi usrah umum (usrah sughra). Bengkel yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Februari ini bertujuan untuk menyelaraskan silibus usrah agar lebih rapi dan sistematik. Seterusnya, silibus yang tersusun akan memudahkan lagi tugas bagi Biro Usrah dan Tarbiyah BISA pada masa akan datang. 

Alhamdulillah, semua AJK BISA yang terlibat secara langsung dalam bengkel ini telah memberikan kerjasama yang baik walaupaun masing-masing mempunyai kekangan masa. 

Aturcara program adalah seperti berikut:

  • 13 Februari : 9-11 malam
  • 14 Februari : 9-11 malam
  • 15 Februari : 8-12 tengah hari

Monday, February 9, 2009

Sumbangan untuk Permaidani BISA

Pihak Jabatan Pendidikan Moral dan Agama Islam ingin memohon sumbangan dalam bentuk wang ringgit. Buat pengetahuan semua guru pelatih, wang ini akan digunakan untuk tujuan menggantikan permaidani lama di Balai Islam Sayidatina Aisyah dengan permaidani yang baharu. 

Sehubungan dengan itu, guru pelatih boleh membayar RM10 seorang kepada Biro Agama dan Dakwah iaitu, saudari Rahmah binti Basri (bilik BB 20), saudari Norzarina binti Kamarudin (bilik BB21) dan saudari Norhasmira binti Salleh (bilik C 05). Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran yang setimpal.

Apakah fadilat bersedekah?

  • dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, mafhumnya:

" Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji ".

Thursday, February 5, 2009

Mutiara Hikmah

  • Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan (Mafhum Surah AI-Baqarah: 263).
  • Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Mafhum Surah al-Saf :3)
  • Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil." (Mafhum Surah AI-Ma'arij :19-21).
  • Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;"Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati". (Maksud hadis)
  • Daripada Abi Hurairah RA rasulullah SAW menyatakan mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi daripada mukmin yang lemah. Dan dalam semua kebaikan maka rebutlah perkara yang memberi faedah kepada dirimu. Dan mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu bersifat lemah. Dan apabila kamu ditimpa bencana jangan kamu mengatakan kalaulah aku berbuat begini tentu akan jadi begini. Bahkan hendaklah kamu berkata bahawa ini adalah suatu ketentuan Allah dan berlaku dengan kehendakNya. Sesungguhnya perkataan 'kalau' ini membuka pintu perbuatan syaitan." (Maksud Hadis).
  • Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).
  • Siapa yang akan diberikan kebaikan (nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu). (Hadis riwayat Bukhari).
  • Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu bersifat pemaaf, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman. (Abul Qasim Al-Junaid).
  • Mencari kekayaan dan kesenangan dunia tanpa dibatasi dengan keimanan dan kemuliaan akhlak akan menjejaskan ketenteraman, mencalar keadilan dan menghakis kemanusiaan. (al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).
  • Jika hati tercemar dengan keburukan dunia, akibatnya terhalanglah ukhuwah yang ikhlas, lantaran hati yang tandus dan malas memikirkan kebenaran. Akhirnya hilang segala nikmat yang Allah SWT berikan, tiada rasa lazat keimanan dan yang tinggal hanyalah tekanan. Insaflah wahai saudaraku, jika kita terlanjur jalan, usah malu mohon keampunan, malah bersegeralah untuk dibimbing kembali kepangkal jalan. Semoga Allah SWT beri keampunan dan kerahmatan .(Kata-kata Hukama')
  • Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan. (Kata-kata Hukama')

Tuesday, February 3, 2009

BISA kita berwajah baharu

Jom pakat ramai-ramai mengimarahkan BISA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...