Friday, December 3, 2010

siapa nak SIHAT??

Assalamualaikum..

Setiap hari kita nak rumah kita bersih,kita nak bilik kita kemas,,kita nak kereta kita sentiasa nampak bersinar..bagaimana pula dengan kesihatan??tak kan tak nak sihat kan??kita memerlukan badan yang sihat untuk meneruskan pekerjaan seharian,..jadi..berikut ada beberapa tips untuk mendapatkan badan yang SIHAT..


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

 Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

selamat beramal =)

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


 Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya

Friday, November 26, 2010

Rindu??

Assalamualaikum pembuka kalam..tuan rumah sekali lagi ingin memohon maaf kerana telah membiarkan laman ini dipenuhi dengan sesawang..disebabkan mempunyai beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, maka terbantut sekejap perkongsian idea diruangan ini...buat semua pengunjung teratak yang merindui dan dikasihi..maaf sekali lagi...


Setelah agak lama tidak bersua,pastinya semua pengunjung teratak sedang merindui teratak yang bersawang ni kan3.....rindu xpe jangan jemu sudah..


kepada pengunjung yang merindui dan dirindui..
sedikit perkongsian santai untuk penghayatan bersama..





Al-kisahnya bermula di suatu pagi....


Tok Imam menulis "Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"     ", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.

Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".

Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"    ", seru Subuh.


"    
", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? 


Jawapannya... tepuk dada tanya IMAN

Thursday, October 14, 2010

cinta?


  Hari ini, Dr Mehmed Thowalbeh mengajar CINTA di dalam kelas Hadith 2.


"Apakah cinta hari ini?" Sambil melukis gambar 'love' pada papan putih.

Kelas diam.

"Cinta kepada Allah!"

Selepas itu dia membaca ayat Al-Quran: "Katakanlah, sekiranya kamu benar-benar cintakan Allah, ikutlah aku, maka kamu akan dicintai oleh Allah, dan 
Allah akan mengampunkan kamu dosa-dosa kamu." (Ali imran ayat 31.)



Thursday, August 26, 2010

Bangun..bangun...



p/S:Sama-sama kita memanfaatkan Ramadhan yang masih berbaki....

Monday, August 9, 2010

Special Offer!!






Rebutlah peluang....
Cepat-cepat...
While stock last....
Banyak peluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa..

Tunggu apa lagi???

Wednesday, July 28, 2010

Surat Cinta...Dariku Untukmu...

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. 
Kau bangun tanpa sujud Mengerjakan subuhmu. 
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapan mu, Kau juga tidak sempat mengerjakan s0lat Isya' sebelum berangkat ketempat tidur mu. 

Kau benar2 orang yang tidak bersyukur, aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa 
senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. 

Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 Mencintaimu. Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. 
Aku hanya menggunakan mu untuk membalas dendamku kepada Allah. 
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya 

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu 
dihari depan. 

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti 

neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali. 

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA 
siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani 

Kita nonton film porno bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, mengumpat orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. 
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. 


Ayolah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. 
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. 
Ini hanya merupakan surat penghargaan ku untuk mu. 

Aku ingin mengucapkan �TERIMAKASIH� karena sudah mengizinkan ku memanfaatkan 
hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakan mu. 
Saat kau tergoda berbuat dosa aku menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidup mu. 


Kamu sudah 17 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. 
Jadi, pergi dan lanjutlah mengajarkan orang-orang yang lebih muda dari diri mu bagaimana berbuat dosa. 
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, minum arak, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. 
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak. 

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. 

Jika kau cukup kuat, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. 
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. 
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membenci mu. 


dari : syaitan
ya allah..Ampunkan lah d0sa hamba2MU..berikanlah kekuatan kpd kami untuk menepis sgla g0daan syaitan laknatullah,,,hnya pdMu kmi mem0hon Ya Allah...~~

Monday, July 26, 2010

P.O.M....MEMORI TERCIPTA...

Assalamualaikum pembuka bicara..teratak ini telah lama dipenuhi sawang..tuan rumah menyusun sepuluh jari untuk itu..kekangan masa..tanggungjawab yang tergalas di pundak...kerapkali membantutkan hasrat untuk mencoret idea...kerinduan kepada pengunjung teratak yang setia mengunjungi..


Tentang sesuatu...sesuatu yang manis..jua kepahitan..suatu program..yang meninggalkan 1001 kenangan terindah...alhamdulillah...bersyukur..atas segala yang berlaku...atas perancangan Allah yang Maha Kuasa..Maha Hebat..Maha Mengetahui...Tuan yang mengetahui segala kehendak hamba-hambaNya..Memenuhi segala keperluan hambaNya..Mengetahui yang terbaik buat mereka...


Program Orientasi Mahabbah(POM)...tergelak..tersenyum bila mengingatkan telatah adik2 junior...1001 ragam..macam2 gaya...pengisian yang dirancang dalam masa terhad..sekali lagi kekangan masa merupakan ujian bagi pengelola program..namun...alhamdulillah...Allah sentiasa bersama2 kami..kami bersujud menandakan kesyukuran..kami tidak pernah ditinggalkan olehNya...Dia tidak pernah meminggirkan kami...ya Allah..sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang sangat2 lemah dan dhaif...ujian2 y mdatang spnjang program...mengingatkn kami...betapa kebergantungan kami hanyalah pdaNya..


Modul??hanyalah rangka..bila2 masa boleh berubah...kepetahan bicara urusetia dan fasilitator?hanyalah pinjaman dariNya..doa kami...agar kami dapat menggunakan pinjaman yang diberikan olehNya sebaik mungkin...untuk menegakkan agamaNya...untuk mewujudkan biah solehah...sekali lagi bersyukur atas kurniaanNya..kita tiada apa2 dan hanyalah selemah2 hamba...


Sejujurnya...banyak kenangan manis yang tercipta...dengan adik2 junior...dengan sahabat2 seperjuangan..sungguh..ukhwah itu sangat indah..andai disandarkan atas satu matlamat yang sama...bersahabat kerana Allah..saling menyayangi kerana Allah...bersaudara kerana Allah...


Sayang??terbit rasa sayang..kasih...pada insan2 y baru dikenali...belum kenal..tak tahu asal usul..namun...atas dasar kepercayaan..yakin denganNya...yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat..kasih sayang diberi setulus hati...sayang yang bukan dibuat2...kasih yang mendalam...hati yang sarat dengan kasih sayang...


Buat sahabat2 dan adik2 tersayang...ketahuilah..bahawa memori yang di'record' kemas dalam serebrum,serebelum dan medula oblongata ini takkan sesekali di 'delete' oleh virus2 alzheimer..kecuali dengan izinNya...semoga tautan hati ini..kekal bernafas...segar...hingga hujung nyawa...tautan hati kerana Allah...SAYANG KAMU!!


p/s:harap maaf..gambar2 akan diupload seketika nanti...sedikit masalah teknikal..

Wednesday, July 21, 2010

KULIAH SUBUH:PUASA SUNAT...

Tarikh:21 Julai 2010
Hari: Rabu


Pada Subuh yang hening tadi, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menunaikan solat Subuh berjemaah walaupun tanpa kehadiran ayahanda tercinta, Ustaz Fuad. Panggilan Subuh pagi tadi berlalu tanpa laungan azan dari ayahanda. Sungguh...Kami rindukan gemersik suara beliau yang kebiasaannya akan memecah kesunyian pagi yang masih gelap pekat. Solat diimamkan oleh salah seorang sahabat kami. Alhamdulillah..Walaupun jemaah hanyalah separuh saf,namun kami masih bersyukur dan akan sentiasa berusaha dan berdoa untuk mengajak sahabat-sahabat yang lain bersama. 


Pengisian selepas solat Subuh pagi ini adalah mengenai hari-hari sunat berpuasa. Antaranya ialah:

  • Enam hari di bulan Syawal
  • Hari-hari awal Zulhijjah (hari pertama hingga lapan)
  • Hari ‘Arafah( sembilan Zulhijjah)
  • Hari ‘Asyura ( ( 9 dan 10 Muharam)
  • Hari Putih ( 13,14 dan 15 hari bulan setiap bulan)
  • Tiga hari setiap bulan Islam
  • Isnin dan Khamis 
Sebenarnya,masih ada lagi hari-hari sunat untuk berpuasa yang dikongsikan oleh sahabat tadi..Namun dek kerana kelemahan diri dalam mengingat, hanya ini yang dapat disenaraikan. InsyaAllah akan di 'edit' kembali setelah mendapat senarai penuh...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

” Saidina Aisyah pernah berkata: Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” 


                                                                                                                         (hadis riwayat Bukhari)

p/s:


Sekarang bulan Syaaban kan?? 

Tunggu apalagi?? 

Jom kita banyakkan puasa bulan ni!!!


KULIAH SUBUH: TANGGUNGJAWAB MELEBIHI MASA YANG ADA

Tarikh: 19 Julai 2010
Hari: Isnin



  • Kuliah Subuh pada pagi tadi bertajuk "Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada"...dipetik dari kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Antara isi-isi tazkirah singkat ini adalah mengenai kesedaran mengenai tanggungjawab masing-masing. Masing-masing sibuk menunaikan tanggungjawab dunia sampai terleka dan mengabaikan tanggungjawab masing-masing kepada agama. Setiap orang dilahirkan sebagai seorang daie' ataupun pendakwah. Mereka akan bermula dengan berdakwah kepada diri sendiri dan contohnya adalah seperti bermujahadah melawan nafsu.Seterusnya berdakwah kepada keluarga,masyarakat dan akhirnya barulah dapat mewujudkan bi'ah solehah.

  • Kita perlu yakin bahawa Allah akan menolong hamba-hamba yang menolong agamaNya..Sekiranya kita bekerja untuk agama Allah dan berusaha menggapai redhaNya, InsyaAllah dunia akan mengejar dari belakang. Sesungguhnya nikmat dunia hanyalah fana dan sementara sahaja.

  • Bangkitlah para daie sekalian. Bangkit dari zon selesa dan tilam empukmu.Masih banyak  tanggungjawab yang perlu dilunaskan dan kita perlu sedar akan hakikat kehidupan. Kita perlu kembali muhasabah diri dan b erfikir kembali akan tujuan kita berada di atas dunia ciptaan Allah ini..
ADAKAH KITA HIDUP SIA-SIA SELAMA INI??

ADAKAH KITA SUDAH MAMPU  UNTUK MENJAWAB DI HADAPAN ALLAH MENGENAI USAHA KITA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH??

TEPUK DADA..TANYA IMAN...

Monday, July 19, 2010

lawak... jangan baca,,,sangat menggelikan hati..!!


   Wahai sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun.. Kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-)

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam…

Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

copy by:tu noh

Monday, July 12, 2010

Kedatanganmu dinantikan...

1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuknya bulan Syaaban, perbaikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas antara kamu.

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf A.S. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud A.S. Jika dia dapat sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. (Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah.

4. Berkata Siti Aisyah R.A. , Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.

5. Sabda Nabi S.A.W. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban adalah bulan mengkhifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani).

6. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyenkutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

10. Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah : Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, juga ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut dalam kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-bersungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya : Ya Muhammad !, gembiralah kamu bahawa Allah Taala mengampunkan segala ummatmu orang yang tiada menyenkutukannya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang sujud pada malam ini. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang menangis pada malam ini. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini, dan pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibrail, sampai bilakah terbukanya pintu ini (diterima doa) – Jawab Jibrail : Sehingga naiknya fajar subuh. Dan katanya lagi: pada malam ini dimerdekanya hambanya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hambanya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari-hari di dunia ini serta malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan Jibrail ke syurga untuk menghiasi syurga.

14. Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadah sepanjang-panjang malamnya, dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan mengerjakan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.

15. Allah tidak ampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban terhadap enam golongan manusia :
(1) Orang yang kekal minum arak.
(2) Orang yang derhaka dua ibubapanya,
(3) Orang yang kekal dalam zina,
(4) Orang yang banyak berkelahi,
(5) Orang yang melakukan penjualannya dengan sumpah yang dusta,
(6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. (Al-Hadis).


16. Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada ummat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Isa A.S. lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah : Mudah-mudahan aku daripada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. (Diqabulkan Allah Taala akan doanya bahawa Nabi Isa A.S. akan zahir bila berlakunya hari qiamat menentang Dajjal)

17. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan); iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama, malam Raya Aidiladha yang pertama, dan malam Arafah. Disembunyi malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam itu malam rahmat dan merdeka daripada api neraka, supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan ummat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Demikian juga disembunyikan : اسم الاعظام (nama Allah yang Teragong) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajab doa kerananya.

18. Barangsiapa membaca pada bulan Syaaban :

(Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan seikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang–orang kafir).

Maka ditulis baginya umpama ibadah 1000 tahun (At-Taurah) dan dihapuskan daripadanya dosa 1000 tahun dan keluarlah dari kuburnya dalam keadaan mukanya bercahaya seperti bulan purnama dan ditulis pada dahinya (siddiqo) yakni orang-orang yang benar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...