Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri : Sejauh Mana Kita Fahami?

Assalamualaikum!

Lamanya tak jenguk dan uruskan blog ni. Lama juga tak berkongsi bermacam cerita dengan warga IPG sekalian. Heheh

Macam mana "merdeka raya" kali ni? Ceh. First time dengar. Tapi bila ulang2 banyak kali perkataan tu, sedar sesuatu tak? Apa perkaitan antara "Merdeka" dan "Raya" kita di Malaysia ni? Hah. Kaitan yang dapat saya lihat, bila merdeka dan raya, semua org sibuk nak seronok2. Masing2 lupa macam2 perkara yg sebenarnya lebih perlu menjadi keutamaan. Bila raya semua sibuk beli baju baharu, kasut baharu. Bila merdeka, semangat baharu, bendera baharu..eh, ye je? Entahlah. :)

Waktu raya hari tu, saya ada terdengar satu perkongsian dalam Ikim.fm. Sebenarnya ramai daripada kita yg Muslim ni tak sedar dan tak tahu apa sebenarnya pengertian Aidilfitri. Ya, mungkin kita tahu apa pengertian dari segi bahasa dan istilahnya. Namun kita belum betul-betul memahami. Selalu kan kita dengar tentang cerita para sahabat Nabi terdahulu, apabila datang Ramadhan mereka gembira, dan bila hampir berlalu Ramadhan masing2 sedih tak terkata, sebab mereka tahu waktu Ramadhan je lah pahala amalan mereka akan digandakan nilainya oleh Allah SWT. Namun tidaklah sampai menolak kedatangan Syawal. Apabila Syawal tiba, mereka sambut dan raikan juga dengan meriah, sebagai tanda kesyukuran setelah diberikan ujian selama sebulan.

Hari Raya Aidilfitri juga bermaksud hari untuk kembali kepada fitrah. Ops? Apa maksud kembali kepada fitrah kat sini? Haa..maksudnya, jika selama sebulan kita berpuasa, maka pada hari itu kita kembali kepada fitrahnya bahawa manusia perlu makan. Tapi itu hanya secebis daripada pengertian sebenar FITRAH tu sendiri. Jangan salah faham pula ye. :)

Hari ini hari raya… Hari kembali kepada Fitrah. Hari keluar daripada fitnah (ujian dunia dan manusia) untuk terus terikat dengan syariat. Itulah kemerdekaan yang hakiki. Fikiran dapat menjangkau Pencipta di sebalik penciptaan, nafsu bebas dari belenggu kehendak taraf bawah untuk melonjak ke taraf tinggi dan akhirnya hati bebas daripada sebarang cinta… kecuali cinta Allah dan cinta sesuatu kerana-Nya jua!


Hah, itu yang Ustaz Pahrol cakap. Kita pula bagaimana? Rasa macam dah cukup merdeka ke bila berjaya berada dalam bulan Syawal ni? Rasa dah cukup merdeka ke bila masih lagi tak mampu kawal nafsu sendiri yang pelbagai tu? Rasa dah cukup merdeka ke bila dosa2 kita kononnya dah terampun sewaktu Ramadhan? Yakin sangat ke? Astaghfirullah. *Peringatan untuk diri yang menaip juga.


Menyentuh pula tentang kemerdekaan.. Hmm, sejujurnya, sebelum ini saya tak berapa ambil kisah sangat tentang kemerdekaan negara kita. Alah, dah 31 Ogos tu, sambut je lah, tak perlu banyak cerita. Penghayatannya, jauh sekali. Setakat memandang Jalur Gemilang dengan pandangan yang kosong tak bermakna.


Namun bila saya terdengar dokumentari tentang pahlawan atau pejuang2 kemerdekaan seperti Tok Janggut dan yang lain, baharu saya tersedar akan sesuatu. Pejuang terdahulu sanggup bersusah bergadai nyawa demi menyelamatakan tanah air. Namun kita? Senang2 mengecapi kemakmuran dan keamanan di tanah air kita ini, tanpa perlu memikirkan tentang keadaan negara yang sebenarnya masih belum sebenarnya merdeka. Ah, tak perlu jauh, renung dan tenung diri kita sendiri. Betul ke kita ni merdeka dari sebarang hasutan dan dakyah orang2 Barat? Adakah kita termasuk dalam orang2 yang merdeka dari segi zahir dan batinnya? Wallahua'lam.


Ops. Banyak bercakap banyak salahnya. Banyak salahnya maka banyaklah padahnya. Oleh yang demikian (cewah) saya fikir eloklah kalau saya berhenti di sini. Selebihnya, kita fikir2kan sendiri. Yang baik2 itu datangnya dari Allah dan yang kurang elok itu datangnya dari insan yang lemah dan hina ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. 

Aminnn!




Notakaki : Kecewa sebab amal soleh waktu Ramadhan sangat kurang. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...