Thursday, November 19, 2009

Majlis Pembubaran JK BISA 2009 & Majlis Pelantikan JK BISA 2010 (MPPJB)

SALAM...
SEMUA WARGA ASRAMA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA DIJEMPUT MENGHADIRI
"MAJLIS PEMBUBARAN JK BISA 2009
&
PELANTIKAN JK BISA 2010"

TARIKH : 19 NOVEMBER 2009
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : BALAI ISLAM SAIDATINA AISYAH (BISA), IPG KPM



"JOM TENGOK PENERAJU KEPIMPINAN BISA YANG BARU"

* Makanan disediakan untuk semua guru pelatih

SOAL JAWAB : to MERPATI

SOALAN :
ana teringin nak tahu.. kot2 ada yang boleh jawab.. katakan kita terbangun lambat.. kemudian..tengok2 dah masuk waktu syuruk..waktu syuruk haram sembahyang kan?tapi...subuh dah tertinggal nie.... ana kena qadar lepas waktu syuruk ke??kemudian..mungkin ada dikalangan sahabat tak tahu..main sembahyang aje.jadi macam mane nak tegur nak bagitahu?apalagi ana yang berat mulut.kalu ada situasi mcm tu...ape ana nak buat ye...kakak2 ..jawab ye..

JAWAPAN :
Alhamdulillah...Kami akan cuba menjawab soalan merpati dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah....selepas pertanyaan dan beberapa rujukan di buat :

Solat tidak boleh dilewatkan diluar batasan waktunya. Firman Allah swt :-

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103]

Pengecualian cuma diperbolehkan jika seseorang itu lupa atau pun tidur. Hendaklah dia segera menunaikan solat sewaktu dia ingat atau pun sewaktu dia bangun tidur, Sabda Nabi :saw :-

"Barangsiapa yang terlupa solat maka hendaklah dia bersolat sebaik sahaja dia ingat, dan tidak ada kifarat yang lain melainkan itu" [Hadith Riwayat Muslim]

Waktu solat bagi orang yang sedemikian adalah pada waktu dia ingat. Maksudnya, tidak kira waktu mana ia berada, bila mana dia ingat, maka dirikan solat.

Didalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra menceritakan bagamana Rasululah :saw dan sahabat2 tidur dan tertinggal waktu solat Fajar/subuh semada didalam permusafiran. Mereka cuma sedar semasa matahari naik dan Abu Qatadah berkata :

"Maka Bilal pun mengazankan solat, maka Rasulullah :saw bersolat 2 rakaat, kemudian baginda bersolat fajar, sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari" [Sahih Muslim #681].

Dalil ini menunjukkan, yang paling penting adalah segera menunaikan solat, walaupun matahari sedang naik. Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan bahawa perkataan"sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari" menunjukkan cara solat yang tertinggal dilakukan sama sahaja dengan biasa seseorang itu melakukannya.

Kesimpulan : segera menunaikan solat Fajar bila mana terbangun dari tidur. Yang haram ialah, sengaja bersolat pada waktu yang diharamkan bersolat tanpa sebab, atau melambat2 solat fajar sehinggalah matahari naik.

wallahualam

cara untuk menyebarkan maklumat ada pelbagai cara...mungkin boleh diadakan perbincangan dengan sahabat anda atau suruh mereka rujuk blog BISA...

wassalam

Monday, November 16, 2009

rahsia SOLAT AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Waktu subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang

Waktu isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . Wallahua'lam..

Friday, November 13, 2009

Saturday, November 7, 2009

BITTAUFIK WA AN-NAJAH FI AL-IMTIHAN

SALAM IMTIHAN JK BISA 2009 ucapkan kepada semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka...Semoga segala usaha anda dirahmati dan diredhai ALLAH..Periksa juga tapi jangan lupa periksa jadual anda bersama ALLAH..Nikmatilah nikmat sebenar peperiksaan dunia dan tunggulah keputusannya di akhirat...Semuanya di tangan anda...

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNYA (84:6)

SELAMAT BERMUJAHADAH!!!

MAJLIS JAMUAN JAWATANKUASA BISA 2009

Pada 27 Oktober 2009 yang lalu, Biro Tugas-Tugas Khas telah mengadakan jamuan akhir tahun AJK BISA 2009. Program bermula pada pukul 4.00 petang di BISA dengan solat Asar berjemaah dan bacaan al-Mathurat yang telah diketuai oleh presiden BISA sendiri.
-BACAAN AL-MATHURAT-

Semua JK BISA berkumpul di perkarangan BISA dan setiap biro dikehendaki memakai pakaian t-shirt untuk bersama-sama menjalani aktiviti yang telah dirancang oleh biro Tugas-Tugas Khas. Setiap biro bersama-sama dengan PIC biro masing-masing iaitu ahli majlis tertinggi yang telah dilantik untuk membantu biro dalam melancarkan setiap program yang dijalankan.
-AKTIVITI WACANA-
-TONGKAT SI BUTA-
-SEHATI SEJIWA-

Antara aktiviti riadah yang telah dijalankan ialah aktiviti ‘sehati sejiwa’, ‘wacana’ dan ‘tongkat si buta’. Tujuan utama aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara JK BISA terutamanya majlis tertinggi bersama dengan ahli jawatankuasa. Pada malamnya pula, selepas solat Maghrib berjemaah. Kuliah maghrib istimewa telah dijalankan. Pengisiannya telah disampaikan oleh pensyarah penasihat BISA merangkap Ketua Jabatan JAPIM iaitu Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh. Selepas solat isyak berjemaah di BISA, majlis penutupan Jamuan JK BISA dihadiri yang telah dihadiri oleh pensyarah penasihat BISA iaitu Ustaz Mat Nawi b Mat Jusoh, Ustaz Ariffin bin Salleh dan Encik Puad bin Johar dan semua guru pelatih Pengajian Agama ambilan Jan 09 bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan diteruskan dengan ucapan presiden BISA, saudari Norzarina binti Kamarudin dan disusuli ucapan oleh pensyarah penasihat JK BISA, Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh. Majlis diteruskan dengan penyampai hadiah untuk aktiviti yang telah dijalankan pada sebelah petangnya dan menyampaian cenderamata kepada semua pensyarah penasihat BISA dan JK BISA. Majlis ini selesai dalam pada jam 11.30 malam.

-BIRO EKONOMI-
-BIRO KEGIATAN LUAR-
-BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM-

-BIRO USRAH DAN TARBIYAH-

MINGGU CERIAKAN BISA 2009- IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bermula pada 20 Julai hingga 23 Julai 2009, Ahli Jawatankuasa BISA iaitu Biro Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan ( 3K ) telah menganjurkan Minggu Ceriakan BISA 2009 IPGM Kampus Perempuan Melayu. Rasionalnya minggu ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para guru pelatih tentang peri pentingnya konsep kebersihan dan keceriaan tempat kita beribadat. Sehubungan dengan itu , jalinan ukhwah juga dapat dieratkan lagi dengan melakukan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan ini secara bergotong-royong.
-kawasan Balai Islam Saidatina Aisyah, IPG KPM-

Objektif dan matlamat program ini dianjurkan ialah melahirkan guru pelatih yang dapat menjaga kebersihan dan keceriaan BISA bersama-sama. Selain itu, dapat memahami konsep kebersihan, keceriaan serta tanggungjawab menjaga tempat beribadat. Seterusnya, memberi pendedahan bahawa kebersihan dan keceriaan bukan sahaja di bahagian dalam BISA tetapi di bahagian luar BISA juga perlu dijaga. Melalui program ini juga guru pelatih dapat menjalin ukhuwah yang lebih erat sesama guru pelatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan serta dapat mengimarahkan Balai Islam Saidatina Aisyah dengan aktiviti-aktiviti yang digariskan oleh Islam.
Majlis perasmian Minggu Ceriakan BISA 2009 ini telah dilancarkan pada 20 Julai 2009 iaitu pada hari Isnin. Majlis perasmian bermula pada pukul 7.40 pagi selepas perhimpunan pagi.
-majlis perasmian di BISA-

Minggu Ceriakan BISA 2009 ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ridzuan yang menggantikan Ustaz Mat Nawi yang tidak dapat hadir. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini. Antara aktiviti yang telah dirancang ialah melabel rak buku, mencipta penanda, aktiviti gotong-royong membersihkan BISA dan menanam pokon roselle. Semua aktiviti ini dijalankan pada waktu petang pada pukul 4.45 petang. Rasionalnya semua aktiviti dijalankan pada waktu petang ialah supaya tidak menganggu waktu kuliah.
-ucapan pengerusi BISA-

Namun, aktiviti yang telah dirancang ini hanya berjalan separuh jalan sahaja dan terpaksa ditangguhkan kerana wabak Influenza A ( H1N1) telah merebak dan IPGM Kampus Perempuan Melayu juga telah ditutup selama seminggu. Semua aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana semua guru pelatih tidak dibenarkan keluar dan semua aktiviti dibekukan bagi mengelaka wabak ini merebak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...