Friday, October 24, 2008

sekitar MPPJB '08

Majlis Peletakan Jawatan Jawatankuasa BISA 2008 dan Pelantikan Jawatankuasa BISA 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada malam tadi. Semoga usaha dakwah dan tarbiyah yang dijalankan di bumi Institut Perguruan Perempuan Melayu terus mekar dan subur dengan organisasi yang telah menerima tanggungjawab baru untuk tahun hadapan. 

Sesungguhnya, kepimpinan yang terancang adalah penting bagi mencapai misi dan visi yang telah disasarkan. Tahniah dan syabas buat Jawatankuasa BISA 2008 yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun ini. Buat ahli Jawatankuasa BISA 2009, kami ucapkan selamat maju jaya mendepani tanggungjawab dengan penuh iltizam. Moga kalian mendapat keredhaan Allah s.w.t Istiqamah selalu & moga dikuatkan hati .. :)

Sesi rehearsal bermula ...

Tag nama Jawatankuasa BISA 2008

Buku Program MPPJB

Ucapan Pengerusi Jawatankuasa BISA 2009


Ucapan Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral

Sesi menandatangani bai'ah

Bai'ah 

Penyerahan bai'ah kepada KJ JAPIM

Monday, October 20, 2008

MPPJB '08 ...Jom datang!

Program : Majlis Peletakan Jawatan Jawatankuasa BISA 2008 dan Pelantikan Jawatankuasa BISA 2009
Anjuran : Biro Agama dan Dakwah (BADA) dengan kerjasama JHEP & JAPIM.
Tarikh : 23 Oktober 2008 bersamaan 23 Syawal 1429 Hijrah
Masa : 8.30 malam
Tempat : Balai Islam Sayidatina Aisyah (BISA tercinta)

Semua guru pelatih sama ada mereka yang menginap di asrama mahupun yang tinggal di luar dijemput hadir bersama-sama ke majlis ini. Saksikan muka-muka lama dan baru yang akan menerajui JK BISA pada tahun hadapan. 


Monday, October 13, 2008

Lawatan ke IPIS 2008

uhkwah fillah...abadan abada :)


Tarikh : 12-13 September 2008 (Jumaat & Sabtu)

Tujuan : 
1. Mengeratkan silaturrahim antara AJK BISA & AJK masjid IPIS.
2. Mengadakan perbicangan bersama dalam aspek pengurusan masjid/surau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...