Saturday, November 7, 2009

MINGGU CERIAKAN BISA 2009- IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bermula pada 20 Julai hingga 23 Julai 2009, Ahli Jawatankuasa BISA iaitu Biro Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan ( 3K ) telah menganjurkan Minggu Ceriakan BISA 2009 IPGM Kampus Perempuan Melayu. Rasionalnya minggu ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para guru pelatih tentang peri pentingnya konsep kebersihan dan keceriaan tempat kita beribadat. Sehubungan dengan itu , jalinan ukhwah juga dapat dieratkan lagi dengan melakukan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan ini secara bergotong-royong.
-kawasan Balai Islam Saidatina Aisyah, IPG KPM-

Objektif dan matlamat program ini dianjurkan ialah melahirkan guru pelatih yang dapat menjaga kebersihan dan keceriaan BISA bersama-sama. Selain itu, dapat memahami konsep kebersihan, keceriaan serta tanggungjawab menjaga tempat beribadat. Seterusnya, memberi pendedahan bahawa kebersihan dan keceriaan bukan sahaja di bahagian dalam BISA tetapi di bahagian luar BISA juga perlu dijaga. Melalui program ini juga guru pelatih dapat menjalin ukhuwah yang lebih erat sesama guru pelatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan serta dapat mengimarahkan Balai Islam Saidatina Aisyah dengan aktiviti-aktiviti yang digariskan oleh Islam.
Majlis perasmian Minggu Ceriakan BISA 2009 ini telah dilancarkan pada 20 Julai 2009 iaitu pada hari Isnin. Majlis perasmian bermula pada pukul 7.40 pagi selepas perhimpunan pagi.
-majlis perasmian di BISA-

Minggu Ceriakan BISA 2009 ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ridzuan yang menggantikan Ustaz Mat Nawi yang tidak dapat hadir. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini. Antara aktiviti yang telah dirancang ialah melabel rak buku, mencipta penanda, aktiviti gotong-royong membersihkan BISA dan menanam pokon roselle. Semua aktiviti ini dijalankan pada waktu petang pada pukul 4.45 petang. Rasionalnya semua aktiviti dijalankan pada waktu petang ialah supaya tidak menganggu waktu kuliah.
-ucapan pengerusi BISA-

Namun, aktiviti yang telah dirancang ini hanya berjalan separuh jalan sahaja dan terpaksa ditangguhkan kerana wabak Influenza A ( H1N1) telah merebak dan IPGM Kampus Perempuan Melayu juga telah ditutup selama seminggu. Semua aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana semua guru pelatih tidak dibenarkan keluar dan semua aktiviti dibekukan bagi mengelaka wabak ini merebak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...