Monday, March 8, 2010

JAMUAN USRAH PPISMP SEM 2

Pada 7 Februari 2010 bersamaan dengan 20 Safar 1431 (Ahad), telah diadakan satu program yang melibatkan semua pelajar PPISMP sem 2. Program ini bermula pada jam 3.00 petang. Semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan usrah yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan usrah telah dibahagikan kerja mengikut kumpulan masing-masing bagi memudahkan perjalanan program BBQ Naqibah bersama ahli usrah PPISMP SEM 2


Kesemua peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat satu tugasan untuk memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Antara tugasan-tugasan yang telah ditugaskan kepada setiap kumpulan ialah membeli barangan keperluan,menyediakan semua peralatan dan bahan untuk majlis tersebut, memasak, membakar,menjaga kebersihan dan lain-lain lagi. Kumpulan yang ditugaskan membeli dan menyediakan barangan dan peralatan terpaksa turun awal pagi lagi untuk memastikan semua sudah sedia digunakan pada petang tersebut. Mereka diberi kelonggaran untuk turun lewat pada petang tersebut. Semua kumpulan bertungkus-lumus pada petang tersebut untuk memastikan program ini akan berakhir sebelum pukul 7 malam.


Selain itu, semua pelajar dan naqibah juga mengadakn solat asar berjemaah bersama-sama dalam BISA. Selesai melaksanakan perintah yang lebih penting, peserta menyambung kembali kerja yang tergendala sebentar tadi. Semasa proses pembakaran berjalan, kumpulan yang terlibat dalam mengendalikan tugasan ini mengalami sedikit kesulitan apabila kawasan yang digunakan membakar ditimpa hujan. Walaubagaimanapun, dengan semangat dan kerjasama yang utuh dalam kalangan peserta, mereka bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut dan Berjaya mengatasinya dengan baik hasil pertolongan dati beberapa orang naqibah. Lebih kurang 6.15 petang, majlis diteruskan dengan makan malam bersama naqibah. Semua peserta diminta untuk berada bersama-sama dengan ahli usrah masing-masing.


Semua peserta kelihatan begitu gembira sekali apabila berpeluang untuk menyertai aktiviti seperti ini. Disamping dapat menambahkan lagi perkenalan di antara guru-guru pelatih, ia juga dapat mengeratkan hubungan guru pelatih dengan naqibah masing-masing memandangkan tidak semua naqibah menginap dalam asrama institute dan hanya mampu untuk bersama naqibah serta ahli-ahli usrah yang lain akan berjumpa sekali seminggu sahaja majlis berakhir. Majlis berakhir lebih kurang 7.15 malam dan semua peserta berkemas untuk pulang ke asrama masing-masing.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...