Tuesday, May 17, 2011

Guru dan Ilmu

Assalamualaikum..

Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir."

(Riwayat Al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)

Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya.

Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat Al-Bazzar)

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai 'bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

*Artikel daripada ILuvIslam.com


Dah habis baca artikel di atas ni? Hah, dah tahu kan betapa pentingnya ilmu dalam hidup kita? Kerana itulah dalam hidup ini kita perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu sebanyak-banyak yg mungkin! Daripada siapa kita nak mendapatkan ilmu itu? Dari siapa-siapa sahaja yang boleh menjadi guru untuk kita! :)

Siapa guru sebenarnya? Alam boleh menjadi guru, anak kecil boleh menjadi guru..Guru pun boleh menjadi guru..Hehe. Maksud saya di sini, guru adalah sesiapa yg memberikan ilmu kepada kita. Hmm, sebut tentang guru, pernahkah kita terfikir akan beratnya tanggungjawab seorang guru? Dah tu, kenapa kita tetap nak jadi guru ye? Hmm..

Mudah-mudahan Allah memberi kita lebih kesabaran dan kekuatan untuk menempuh ujian yang bakal dihadapi jika sudah menjadi guru nanti..Selamat Hari Guru buat semua guru dan bakal guru sekalian! :)



May Allah Bless You All! :)
Wassalam~

1 comment:

mohdrusli said...

وذكر ذي العلم بين الناس لم يزل

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...