Friday, April 29, 2011

Laporan Festival Penghayatan Islam 2011

Alhamdulillah, sepanjang 18 hingga 21 April 2011 yang lalu, telah berlangsungnya Festival Penghayatan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Festival ini merupakan anjuran bersama pihak Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu, Jabatan Pengajian Islam dan Moral,pihak BADA JPP dan juga pihak Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA).

Festival ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Noor Hayatee bt Mohd Noor, pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Bertemakan "Islam : Dekat Di Hati" , para penganjur berharap agar matlamat festival ini akan tercapai melalui aktiviti-aktiviti dan program yg telah disediakan khusus buat para guru pelatih. Aktiviti-aktiviti yg telah dirancang adalah melibatkan semua guru pelatih dan pensyarah-pensyarah turut tidak terkecuali.

Pada hari Isnin, telah diadakan ceramah Introspeksi Diri : "Aku Seorang Guru" yang bertempat di BISA dan penceramah jemputan ialah Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman daripada Principal Trainer Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Ceramah yg disampaikan sangat menarik minat dan perhatian para guru pelatih kerana kandungan ceramah sangat sesuai disampaikan para guru pelatih atau bakal-bakal guru yg akan menempuh kehidupan sbg seorang guru suatu waktu nanti.

Penceramah Introspeksi Diri : "Aku Seorang Guru" , Ustaz Syaari Ab Rahman


Seterusnya, pada hari kedua iaitu 19 April 2011, program Siswa Sihat : Aerobik telah dijalankan pada sebelah petang dan pada sebelah malam telah berlangsung Malam Kesenian Islam : Pertandingan Nasyid, Syarahan dan Berzanji. Aktiviti-aktiviti ini turut mendapat sambutan daripada para guru pelatih sekaliannya.


Antara peserta yang menyertai pertandingan nasyid


Pada petang Rabu pula telah diadakan aktiviti "Jom Jalan-Jalan Cari Hikmah". Dengan berkonsepkan explorace, aktiviti ini dilihat dapat menyihatkan tubuh guru pelatih dan mengandungi pelbagai hikmah yang tersembunyi. Peserta adalah terdiri daripada wakil-wakil bagi setiap kolej kediaman. Pada sebelah malamnya pula, telah berlangsung Malam Pesona Anggun Busana Muslimah yang pastinya ditunggu-tunggu oleh para guru pelatih. Pada malam itu, setiap unit telah menghantar seorang model busana muslimah bagi mewakili unit masing-masing.



Barisan peserta Malam Pesona Anggun Busana Muslimah 2011





Finalis-finalis bergambar bersama Pengarah dan para juri.
Ikon Busana Muslimah : Nurul Nadiah bt Mohd Asri


Pada malam terakhir bagi Festival Penghayatan Islam ini, pihak program telah berjaya mengundang kumpulan nasyid NowSeeHeart untuk mengadakan sedikit persembahan pada malam penutupan rasmi festival ini. Majlis pada malam itu agak meriah kerana ramai guru pelatih yang menghadiri program tersebut walaupun masing-masing sedang sibuk dengan UAK dan tugasan-tugasan lain. Ternyata persembahan daripada kumpulan nasyid tanah air ini berjaya menghiburkan para penonton pada malam itu.


Kumpulan NowSeeHeart membuat persembahan




Barisan JPP dan Jawatankuasa BISA bergambar kenangan bersama ahli kumpulan NowSeeHeart


Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka, kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang Festival Penghayatan Islam ini berlangsung. Sekalung apresiasi juga diucapkan buat pihak penganjur dan pengendali program kerana telah sama-sama berpenat-lelah dan bertungkus-lumus dalam menjayakan festival ini.

Harapnya program-program seperti ini akan lebih mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita semua dan semoga objektif festival ini iaitu untuk menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian akan dapat tercapai.

Sekian, wassalam. :)


1 comment:

Crew Surau Nurul Yaqin said...

Tahniah.. Teruskan usaha untuk memartabatkan Islam di IPG.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...