Thursday, March 3, 2011

Sudah Cukup Sempurna?

bismillah wa salam alaik..

akhirnya tercoret juga curahan idea di sini, ingin berkongsi sedikit info.mungkin ramai yang sudah tahu tapi mahu juga dicoretkan di sini kerana ilmu ni tak boleh disimpan-simpan kan..ye idak?..betulkan andai tersilap, curahkan pandangan andai perlu penambahbaikan..:)




" sila baca surah al-fatihah dari mula ayat hingga akhir.."

"al-fatihah?ala..senang je..boleh2..al-fatihah je kot..no problem la.."

hurmm,betol ke no problem tu?pasti ke bacaan al-fatihah kita sudah cukup sempurna?jangan di main-main..surah al-fatihah adalah bacaan wajib dalam solat,rukun solat..andai cacat bacaannya maka cacatlah solat kita..tidak sia-siakah solat selama bertahun-tahun, 5 waktu sehari semalam, tak cukup dengan yang wajib diganda-gandakan dengan solat sunat pula..tapi rukun yang satu itu masih tidak sempurna?

"..ermm..tapi, kalau tak tahu terangkat dosa.."


tak tahu terangkat dosa, tapi andai tiada usaha untuk mengetahui maka tidak berdosakah kita pada diri sendiri?hurmm..fikir-fikirkan..~~jadinya, jom kita refresh balik atau mungkin bagi yang masih belum mengetahui, jom top up ilmu mengenai ummul furqan ini...

 ummul kitab..


Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
 
Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"..nauzubillah..


7) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

p/s: maaf andai kesahihannya diragui, namun apa yang penting jom kita sama-sama perbaiki bacaan kita bertepatan dengan bacaan yang sebenarnya..check balik, adakah bacaan kita sudah cukup sempurna..atau sekadar bacaan yang sememangnya lancar di bibir semata..

sekian..selamat beramal..~~:)


1 comment:

Bintu Sazali said...

aLhamdulillah! Peringatan yg bagus utk semua..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...