Wednesday, July 21, 2010

KULIAH SUBUH:PUASA SUNAT...

Tarikh:21 Julai 2010
Hari: Rabu


Pada Subuh yang hening tadi, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menunaikan solat Subuh berjemaah walaupun tanpa kehadiran ayahanda tercinta, Ustaz Fuad. Panggilan Subuh pagi tadi berlalu tanpa laungan azan dari ayahanda. Sungguh...Kami rindukan gemersik suara beliau yang kebiasaannya akan memecah kesunyian pagi yang masih gelap pekat. Solat diimamkan oleh salah seorang sahabat kami. Alhamdulillah..Walaupun jemaah hanyalah separuh saf,namun kami masih bersyukur dan akan sentiasa berusaha dan berdoa untuk mengajak sahabat-sahabat yang lain bersama. 


Pengisian selepas solat Subuh pagi ini adalah mengenai hari-hari sunat berpuasa. Antaranya ialah:

  • Enam hari di bulan Syawal
  • Hari-hari awal Zulhijjah (hari pertama hingga lapan)
  • Hari ‘Arafah( sembilan Zulhijjah)
  • Hari ‘Asyura ( ( 9 dan 10 Muharam)
  • Hari Putih ( 13,14 dan 15 hari bulan setiap bulan)
  • Tiga hari setiap bulan Islam
  • Isnin dan Khamis 
Sebenarnya,masih ada lagi hari-hari sunat untuk berpuasa yang dikongsikan oleh sahabat tadi..Namun dek kerana kelemahan diri dalam mengingat, hanya ini yang dapat disenaraikan. InsyaAllah akan di 'edit' kembali setelah mendapat senarai penuh...


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

” Saidina Aisyah pernah berkata: Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” 


                                                                                                                         (hadis riwayat Bukhari)

p/s:


Sekarang bulan Syaaban kan?? 

Tunggu apalagi?? 

Jom kita banyakkan puasa bulan ni!!!


2 comments:

akuinsanlemah said...

ya........ayuh~~

Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA) said...

insyaAllah...sama2 kite rebut peluang keemasan ini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...