Monday, January 11, 2010

Kami tidak berzina!!....bhgn I


Kami tidak berzina !…Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanya berbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.
Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..


bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...