Friday, October 30, 2009

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE KOLEJ TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA (KTIAM) DAN KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI

Pada 19 Julai 2009, seramai 40 orang pelajar Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka telah mengadakan lawatan ke Kolej Tinggi Islam Antarabangsa dan Kompleks Falak al-Khawarizmi.

Rombongan kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dengan maniki bas yang disewa khas. Sebelum bertolak, kami telah diberi taklimat oleh En. Ridzuan iaitu guru yang akan mengetuai rombongan kami. Para pelajar diingatkan supaya menjaga disiplin diri dan nama baik institut.


Rombongan kami tiba di Kolej Tinggi Islam Antarabangsa Melaka pada pukul 9.30 pagi. Di situ, kami telah disambut oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Surau yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari kolej tersebut. Setelah ucapan alu-aluan daripada kedua-dua institusi pengajian, kami teruskan lagi dengan sesi diskusi antara kedua-dua jawatankuasa institusi. Kami kemudiannya dibawa oleh mereka untuk meninjau fasiliti sekitar KTIAM dan seterusnya diikuti dengan jamuan makan tengahari.


Selama dua jam kami berada di situ, berbagai-bagai fakta dan pengalaman yang telah kami peroleh dan berkongsi. Sebelum menaiki bas menuju ke Kompleks Falak al-Khawarizmi, kami sempat mengambil gambar untuk kenang-kenangan.


Di Kompleks Falak al-Khawarizmi, pegawai dari kompleks tersebut telah membawa kami ke Planetrium. Di sana kami melihat pameran yang berkaitan tentang Sains Angkasa dan Astronomi. Setelah itu, kami mengikuti tanyangan 3D selama 2 jam. Selesai tayangan kami menjejaki menara cerap untuk melihat sendiri bagaimana proses cerapan berlaku.


Pada pukul 5.30 petang, kami berangkat pulang. Kami tiba di perkarangan institut pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya lawatan itu benar-benar bermakna dan berharap lawatan seperti itu dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...