Seraya itu Al-Mulk menjawab "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku, Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini."
Malaikat menjawab, "Wahai Al-Mulk, kamu tidak boleh menghalang tugas kami."
Lantas Surah Al-Mulk datang kepada Allah. "Wahai Allah, aku adalah kitab-Mu, aku mahu melindungi manusia itu, jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Quran MU"
Maka Allah memberi keizinan kepada Al-Mulk, terus Al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, "Ya malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (Malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di daalm kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak."
"Mari bercinta dengan Dia"
sumber : panduanislam.com
1 comment:
JOM jgn tinggal al-mulk... :')
Post a Comment