Tuesday, March 22, 2011

JOM JOIN KAMI...!!

Assalamualaikum....:)

KELAS TAHSIN AL-QURAN
 
HARI: SETIAP RABU
MASA: 5.30-6.30 PETANG
TEMPAT: BALAI ISLAM SAIDATINA AISYAH
 
 

Jom top up ilmu yang ada!!
Tingkatkan kualiti bacaan!!
Anda berminat??Kami bantu..pendaftaran dibuka sekarang..
 
 
HUBUNGI:
 
saudari Siti Sarah binti Alizaman (014 2678821)
saudari Afiqah Nadzirah binti Hanif (019 6661989)
saudari Zuraidah binti Abdul (0145121530)
 
 

**terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
 
**tenaga pengajar terdiri daripada kalangan guru pelatih sendiri yang telah dilatih oleh para pensyarah mahir dalam bidang al-Quran.

Jangan malu-malu..
Join kami jom!!!

Kehadiran sahabat-sahabat dinanti-nantikan....:)
 
   
( 4 ) ورتل القرءان ترتيلا.....

 (al-muzammil:4)
 
maksudnya: “Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.
 
p/s: tarikh bermula akan dimaklumkan.


Thursday, March 3, 2011

Sudah Cukup Sempurna?

bismillah wa salam alaik..

akhirnya tercoret juga curahan idea di sini, ingin berkongsi sedikit info.mungkin ramai yang sudah tahu tapi mahu juga dicoretkan di sini kerana ilmu ni tak boleh disimpan-simpan kan..ye idak?..betulkan andai tersilap, curahkan pandangan andai perlu penambahbaikan..:)




" sila baca surah al-fatihah dari mula ayat hingga akhir.."

"al-fatihah?ala..senang je..boleh2..al-fatihah je kot..no problem la.."

hurmm,betol ke no problem tu?pasti ke bacaan al-fatihah kita sudah cukup sempurna?jangan di main-main..surah al-fatihah adalah bacaan wajib dalam solat,rukun solat..andai cacat bacaannya maka cacatlah solat kita..tidak sia-siakah solat selama bertahun-tahun, 5 waktu sehari semalam, tak cukup dengan yang wajib diganda-gandakan dengan solat sunat pula..tapi rukun yang satu itu masih tidak sempurna?

"..ermm..tapi, kalau tak tahu terangkat dosa.."


tak tahu terangkat dosa, tapi andai tiada usaha untuk mengetahui maka tidak berdosakah kita pada diri sendiri?hurmm..fikir-fikirkan..~~jadinya, jom kita refresh balik atau mungkin bagi yang masih belum mengetahui, jom top up ilmu mengenai ummul furqan ini...

 ummul kitab..


Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
 
Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"..nauzubillah..


7) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

p/s: maaf andai kesahihannya diragui, namun apa yang penting jom kita sama-sama perbaiki bacaan kita bertepatan dengan bacaan yang sebenarnya..check balik, adakah bacaan kita sudah cukup sempurna..atau sekadar bacaan yang sememangnya lancar di bibir semata..

sekian..selamat beramal..~~:)


Wednesday, March 2, 2011

Kerana Aku Wanita

Assalamualaikum.

Lama sudah tak berkongsi pengisian minda dan jiwa. Jom kita baca artikel ni :

Kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

*Artikel dipetik dari laman rasmi ILuvIslam.com*






nota kaki :

Renung2kan, fikir2kan, kerana dirimu begitu berharga!
Selamat Beramal! :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...