Wednesday, July 21, 2010

KULIAH SUBUH: TANGGUNGJAWAB MELEBIHI MASA YANG ADA

Tarikh: 19 Julai 2010
Hari: Isnin



  • Kuliah Subuh pada pagi tadi bertajuk "Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada"...dipetik dari kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Antara isi-isi tazkirah singkat ini adalah mengenai kesedaran mengenai tanggungjawab masing-masing. Masing-masing sibuk menunaikan tanggungjawab dunia sampai terleka dan mengabaikan tanggungjawab masing-masing kepada agama. Setiap orang dilahirkan sebagai seorang daie' ataupun pendakwah. Mereka akan bermula dengan berdakwah kepada diri sendiri dan contohnya adalah seperti bermujahadah melawan nafsu.Seterusnya berdakwah kepada keluarga,masyarakat dan akhirnya barulah dapat mewujudkan bi'ah solehah.

  • Kita perlu yakin bahawa Allah akan menolong hamba-hamba yang menolong agamaNya..Sekiranya kita bekerja untuk agama Allah dan berusaha menggapai redhaNya, InsyaAllah dunia akan mengejar dari belakang. Sesungguhnya nikmat dunia hanyalah fana dan sementara sahaja.

  • Bangkitlah para daie sekalian. Bangkit dari zon selesa dan tilam empukmu.Masih banyak  tanggungjawab yang perlu dilunaskan dan kita perlu sedar akan hakikat kehidupan. Kita perlu kembali muhasabah diri dan b erfikir kembali akan tujuan kita berada di atas dunia ciptaan Allah ini..
ADAKAH KITA HIDUP SIA-SIA SELAMA INI??

ADAKAH KITA SUDAH MAMPU  UNTUK MENJAWAB DI HADAPAN ALLAH MENGENAI USAHA KITA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH??

TEPUK DADA..TANYA IMAN...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...