Tuesday, June 1, 2010

Hancur ISRAEL................LIFELINE4GAZA...





















ISH......panas hati ini..........hendak hantar bantuan pun kena serang.
pasti dan sangat pasti, alasan yang akan diberikan apabila keaadaan semakin tidak terkawal kelak ialah " melindungi sempadan ".










31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.gambar sukarelawan sebelum diserang, 30 Mei ( foto AP )






helikopter berlegar..........








( dipercayai menghantar orang tercedera......siapa ?? )





Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.


Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid.Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.





Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.





( Tim MER-C untuk Pelayaran ke Gaza dilepas oleh Presidium MER-C Joserizal Jurnalis dan Syekh Syiam )






“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.
“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab ‘intifada’.......

Apa yang boleh kita buat sekarang........bersama2lah berdoa agar mereka selamat dari ancaman ISRAEL ini.Ameen


> Israel telah lama merancang untuk menyerang

laman rujukan :http://nasional.kompas.com/read/2010/05/31/15153019/Israel.Kerahkan.Pasukan.Khusushttp://us.detiknews.com/read/2010/05/31/125254/1366608/10/16-orang-di-kapal-mavi-marmara-tewas?881103605 http://www.mer-c.org/misi-merc/7-misi-luar-negeri/718-qflotilla-to-gazaq-sudah-mulai-berlayar-menuju-gaza.html http://sakinah-omar.blogspot.com/
http://www.ibnuhasyim.com/
http://www.horncastlenews.co.uk/EditorialGallery.aspx?ArticleID=6330601&SectionID=4068

credit to:http://muhammadfirdaus-dx.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...