Tuesday, July 15, 2008

Aktiviti BISA (JULAI)

Salam~!
Aktiviti di BISA sepanjang miggu pengurusan pelajar baru (mppb) :
  • ~* Tazkirah Subuh
  • ~* Sembahyang berjemaah (Subuh, Maghrib & Isyak)
  • ~* Kuliah antara waktu Maghrib & Isya'
  • ~* Slot bersama JPP pada hari Khamis malam

Di samping itu, program susulan akan diadakan pada 25-27 Julai. Program Orientasi Mahabbah (POM) ini akan melibatkan semua pelajar baru bersama-sama JPP. Program ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dan di antara pelajar baru dan pelajar lama sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara mereka.

Seterusnya, pada hujung minggu ini juga akan dijalankan Program Nadwah Nuqaba' I. Program ini akan berlangsung pada 18-20 Julai (Jumaat - Ahad). Para peserta terdiri daripada para naqibah seramai 70 orang, insya Allah. Pelbagai pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat akan diberikan sepanjang program ini. Jadi jangan lepaskan peluang, marilah kita sama-sama menyertainya.

Renungan hari ini : "Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Ma'assalam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...