Wednesday, February 18, 2009

Bengkel Penyusunan Modul Usrah

Biro Usrah dan Tarbiyah BISA telah menganjurkan satu program yang julung kalinya diadakan, iaitu bengkel penyusunan modul usrah bagi usrah umum (usrah sughra). Bengkel yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Februari ini bertujuan untuk menyelaraskan silibus usrah agar lebih rapi dan sistematik. Seterusnya, silibus yang tersusun akan memudahkan lagi tugas bagi Biro Usrah dan Tarbiyah BISA pada masa akan datang. 

Alhamdulillah, semua AJK BISA yang terlibat secara langsung dalam bengkel ini telah memberikan kerjasama yang baik walaupaun masing-masing mempunyai kekangan masa. 

Aturcara program adalah seperti berikut:

  • 13 Februari : 9-11 malam
  • 14 Februari : 9-11 malam
  • 15 Februari : 8-12 tengah hari

Monday, February 9, 2009

Sumbangan untuk Permaidani BISA

Pihak Jabatan Pendidikan Moral dan Agama Islam ingin memohon sumbangan dalam bentuk wang ringgit. Buat pengetahuan semua guru pelatih, wang ini akan digunakan untuk tujuan menggantikan permaidani lama di Balai Islam Sayidatina Aisyah dengan permaidani yang baharu. 

Sehubungan dengan itu, guru pelatih boleh membayar RM10 seorang kepada Biro Agama dan Dakwah iaitu, saudari Rahmah binti Basri (bilik BB 20), saudari Norzarina binti Kamarudin (bilik BB21) dan saudari Norhasmira binti Salleh (bilik C 05). Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran yang setimpal.

Apakah fadilat bersedekah?

  • dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, mafhumnya:

" Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji ".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...