Sudah lama tidak menjengah ke blog ini. Mohon maaf atas kekhilafan admin sendiri kerana tidak mengemaskini blog.
Hati merupakan tunjang utama dan enjin kepada setiap insan yang telah diutuskan untuk melunaskan tugasannya sebagai seorang hamba sepertimana yang telah termaktub di dalam ayat Al-Quran, surah Adz-Zariyat ayat 56
( وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ( ٥٦
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Namun, manusia juga diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi sehingga hati menjadi sedih dan terus dirundung kehibaan. Di sini terdapat tips bagi meredakan kehibaan apabila ditimpa musibah. Tips ini merupakan perkongsian pada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah pada 19 Mac 2012 yang lalu.
1- Musibah datang bersama hikmah.
Ingatlah, Allah Maha Adil..Walaupun dugaan yang diberikan kepada kita bagai sebuah batu besar yang menghempap kita, namun ujian yang telah diberikan sesuai dengan kemampuan kita.Innama'al 'usri yusra
2-Dunia medan ujian. Lihatlah dunia sebagai salah satu medium kita digasak dalam menempuhi kehidupan. Alangkah Rasulullah yang mulia turut diuji di dunia. Apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil dan hina.
3-Melihat musibah yang lebih teruk menimpa kepada orang lain. Lihatlah, Allah memberi ruang sebenarnya untuk kita lebih bersyukur dan musibah itu merupakan nikmat yang disyukuri kerana kita akan lebih menghargai kehidupan yang kita alami.
4-Musibah hanyalah sementara. Anggaplah musibah itu sebagai ujian yang sekejap yang kita hadapi dan pastinya kita mampu tersenyum semula.
5-Dampingilah Al-Quran. Al-Quran, surat cinta Allah untuk hamba-Nya jika selalu didampingi, pasti kita akan berasa tenang. Itulah kehebatan yang diturunkan oleh Allah apabila hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya. Bukan di kala susah sahaja, malah di kala senang jua.
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'du: 28)
Tertarik dengan perkongsian di BISA pada minggu ini dan lebih menarik terdapat video yang sememangnya mengalirkan air mata kepada sesiapa yang menghayatinya. Moga kita sama-sama muhasabah diri dan meningkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa. Wallahua'alam.
Dampingi Al-Quran selalu =)
La Tahzan-Dr. Maza
Lagu Nikmat Ujian-Nazrey Johani