Monday, June 17, 2013

Festival Penghayatan Islam III

Assalammualaikum

Alhamdulillah, selamat kembali ke IPG dan meneruskan semester baharu.
Pada awal pembukaan semester baharu dibuka dengan pelbagai aktiviti santapan jiwa dan rohani bersempena Festival Penghayatan Islam III yang akan diadakan dari 17 Jun 2013 sehingga 4 Julai 2013 . Untuk menghebahkan aktiviti yang dijalankan biarlah gambar yang berbicara. ^_^


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan




Majlis Perasmian


Fiqh Wanita : Merungkai Persoalan Di Minda



Senam Aerobik Membudayakan Gaya Hidup Sihat Rasulullah


Da'ie Kreatif Mad'u Aktif

Ladies Osem Jahitan Manik


Mabit


Pelajar Jutawan

Explorecash


Ladies Night

Bidadari Berselawat 2

Jualan dan Pameran




Ayuh guru pelatih semua, kita memeriahkan Festival Penghayatan  Islam III ini. Moga kita semua diberkati olehNya.


sekian,

MOGA ALLAH REDHA.





Tuesday, April 9, 2013

Model Fesbuk.


Isya Lesya : " nytez sume, kita da mantOk ni, jupe sOk agy ye"

Isya mengupdate status facebook dia. Senyum. Dia mengeliat ke kiri dan kanan. Jam loceng warna merah atas meja belajar menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Katil sudah memanggil. Mengantuk tak terkata.

****************************************************************

Isya log in facebook macam biasa. tapi hari ini agak lewat. Ada kerja yang perlu dibereskan pada siang harinya. Notification agak banyak. Agak terkejut. Wah, ada lebih 50 orang post di wall dia. Senyum. Tak sabar nak baca.


Nur Aliya : Tak sangka ko pergi dulu. Tenang di sana.

Terkejut tak terkata Isya. Macam tak percaya. Dia scroll ke bawah. Baca satu persatu post kekawan dia.


Mohd Amir : Al-fatihah, moga roh ko dicucuri rahmat. 

Nur Aisyah: Macam tak caye, baru je semalam chat dgn ko. Al-fatihah.


Isya scroll ke bawah lagi. Semua post dibaca. Terkejut. Tak percaya. Dosa? Pahala? semua diadun dalam otak dia. Betul ke? Older status di buka, dibaca satu persatu. Menyesal!


Isya Lesya : ehem sape rindu kita?

125 yang likes dan 40 komen.

Semua post dibaca, tiada satu pun yang mengajak ke arah kebaikan. Album gambar dibuka. Gambar yang tak menutup aurat dengan sempurna dibiarkan untuk tatapan umum. Ratusan komen yang memuji kecantikan dia.

Menyesal. Menangis keluar air mata darah pun tak guna.

Tetiba dia terdengar azan subuh berkumandang. Kedua mata terbuka. Peluh membasahi badan. Takut Allah je yang tahu. Dia segera mengambil wudhu' dan menunaikan solat subuh. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi.  Dia masih sayang, Dia menegur. Peluang taubat masih terbuka. 


Isya Lesya : Alhamdulillah, masih bernafas, Dia masih sayang. Masih berpeluang untuk taubat. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

**************************************

Mungkin hari ini kita masih pegang title bakal jenazah tapi esok belum pasti lagi. Mungkin status kita sudah bertukar Allahyarham/Allahyarhamah. Jom sesama berubah. Peluang masih terbuka.


sumber : http://rentaktarijarijemari.blogspot.com/2013/04/model-fesbuk.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...